26 February 2016

Short Getaway Melaka

Hi !

So untuk suam suam kuku punya entri sebab baru start balik ni kan. okay gelak. mari lah aku share short getaway yg a few dh aku boleh cross dlm wishlist aku. Actually perangai suka jalan jalan aku ni dari kecik lagi mama cakap. Even waktu sekolah lagipun tak pernah miss langsung pergi situ sini. Dengan family of course lah. Short getaway yg paling lama pegi pun 3hari 2 malam & paling sekejap 2hari 1 malam. But overall, dalam Malaysia dulu aku nk habiskan. luar Malaysia tengah kumpul sen lah ni hahaha gitteww ! jap sen kawin ? okay okay stop it :D


Melaka 23/01/2016-24/01/2016

Nama pun short getaway kan. So kebanyakan akan pergi dgn kawan kawan korang atau sesiapa jela atau officemates ke companymates ke penmates ke. Nak pergi dengan family pun best bg sesiapa yg dah berkahwin. Kalau ada baby aku tak suggest. Yela nnt dorang penat nak ikut kau kehulu kehilir kan. Satu lg short getaway ni kau kena pandai set timing nk habiskan a few place yg kau dah highlight nak pergi. Dannnnnnnnnnnnnn semestinya kau kena survey. Kau gugel je tabung Google ni segala keturunan dia keluar. Mengenai bajet nnt aku listkan. Oh ye, gambar tak berapa banyak sgt aku ambik. Erti kata lain bersepah muka aku je. Hahaha okay. Setelah 7 tahun tak jejak Melaka ;

23/01/2016 ; Sabtu : 12 pm

Kami bertolak jam 12 pm last sekali dari Ampang. Of course ambik aku dulu passenger terakhir. Eh thanks btw korang datang ambik Merah :D Dan perjalanan mengambil masa tolak campur darab bahagi  2 jam 30 minit sekali untuk sampai ke hotel. Thanks utk Plus Lebuhraya Utara - Selatan sebab jalan smooth je. So takpayah lah nak masam muka sebab jammed kan ? Untuk first time aku tak tidur dalam perjalanan. Gold medal please ? Yelah tak tidur teman orang Waze kan jalan. Okay lariiiiiiii :D 
  


Untuk penginapan, aku dh booking awal awal lagi 2weeks before gerak melalui Booking.Com. So korang bolehlah survey hotel mana yg korang nak stay, nak berdekat mall ke pusat makan ke atau tempat yg tiada gangguan. nak best lagi boleh melalui HotelCombined.Com dimana dekat situ korang boleh tengah harga dari semua website. so sukati lah nak pilih yg mana harga best kan !

Dah drive pusing sana sini tuptup dah sampai Tol Alor Gajah dah. So 1st misi mestilah cari hotel dulu sbb dah overlimit check in kan. Tp utk mudah, aku dh call awal awal lg receptionist hotel berkenaan inform yg kami mungkin lewat dari waktu check in. So settle dah kan. Hotel dia nice lah untuk stay sebab dekat sana sini just pusing pusing je  sampai sesat. Ahaa okay.



After dah check in dah rest kejap, kami pun start hunting place yg dah listkan : 

A Famosa Fort & Dataran Pahlawan



Taram dua sekaligus sbb jalan kaki je semua dekat sangat weh.Dekat sinilah beca comel & berhias tu. Bersepah 7 kau boleh pilih kartun apa kau nak. Then disebabkan dah lapau mengagau kami makan je dekat foodcourt mall Dataran Pahlawan tu. After dh settle makan semua balik ke hotel sekejap bersihakan diri & rest.

Melaka River Cruise


 beraturrrrr. sesiapa entah aku amik gambau.

Seterusnya dalam 8.30 pm kami dh sesiapa then gerak ke Melaka River Cruise dekat Banda Hilir. Wajib pergi ! Sebab view dia nice & tempat pun havoc nak jalan jalan cuci mata. Habis masa atas cruise je okay. Sambil naik bot kaumenyusuri sungai,kau akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil. Aku kira beb. haha. Then kau bolehh lah tengok Kampung Morten, lambai lambai tangan dekat penduduk kampung tersebut. Aku suggest korang naik pd waktu malam. Selain sejuk nyaman kau boleh tengok warna warni dekat sana.

Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00 (Bawah 12 tahun)

(dengan mykad : kurang 50%) 



Medan Ikan Bakar Umbai



Then dah lapau nauuu gerak lah ke Medan Ikan Bakar Umbai. Tp malangnya tempat yg kiteorang nak makan tu dh tutup. So tukar plan pergi jela kedai yg mana tengok elok. Iyelah dah hampir pukul 1 pagi. Kau rasa apa je yg tinggal weekend pulak tu ? So mohon makan dulu ye. After dah kenyang melingkar semua terus balik hotel untuk last day :)

24/01/2016 : Ahad : 12 pm

Hajjah Mona Asam Pedas



After dah check out jam 12 kiteorang pun gerak untuk cari lunch. Beriya cari Asam Pedas Kota Laksamana, sekali tutup. Nasib baik otak aku function hahaha okay. So gamble je pergi ke Hajjah Mona Asam Pedas. Nasib baik bukak ! Asam Pedas dia best & recommended. Cuma space kadang tak cukup semua selalu full.

Menara Taming Sari





Next list Menara Taming Sari. Okay mohon bawak payung. Haritu kami gerak sorang pun tak bawak payung haa terbakauuu lah kau berjalan kesana kesini dengan kepanasan. Tp beruntung sebab tak ramai orang so takpayah lah beratur panjang panjang. Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, Pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. 

Duck tours memang wujud gaisss ! cumanya kami tak naik lah :D


Overview price Taming Sari :

Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00 (Bawah 12 tahun)

(dengan mykad : kurang 50%) Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam



Pantai Klebang, Melaka



Kiteorang sampai Pantai Klebang dah petang dalam 4.30 pm atau 5.00 pm. Kira okay lahkan tak panas tak redup sangat. Suasana memang meriah. Dengan Bustel Hotel nya, Jualan makan makan. Cuma tempatnya baru nak naik. Mungkin akan jd seperti Port Dickson katanya nnt. Okay dekat sini sempat pulak aku main layang layang. Ada je yg melayan kerenah aku. Thanks a lots ! Jangan lupa coconut Shake okay.

So dekat sini last kami punya Short Getaway ke Short Vacation kepebenda lah. Overall puas hati sangat dgn bajet kami berempat. Bajet nnt aku buat entry khas :)

Untuk next entry aku akan post pasal Short getaway ke Johor Bharu pulak :D

Stay tuned !

25 February 2016

2016 - Kembali ( entry pertama )


September 2014 - September 2015 

Hampir setahun lebih sunyi tanpa menaip kata kata mahupun cerita.
Jujurnya aku rindu. 
Tahukah engkau harini aku bakal berusia 22 tahun genap Mac 2016 ?

Rindunya 
untuk buat semua aktiviti yang pernah menjadi kegemaran aku
untuk menaip cerita mahupun pendapat serta entri segar untuk berkongsi !

Rindunya 
tentang semua yg pernah aku kenali di alam maya
tentang obsesnya aku terhadap pengeposan post pada setiap waktu

Rindunya
akan waktu dibelakang aku
akan momen manis yg pernah terukir

Harini lembaran baru
Jiwa baru
Nafas baru
Katanya akan kembali menaip seperti sediakala
Tidak perlukan pembaca setia
Cukuplah luahan yg tak mampu diolah dengan kata kata



Aku akan kembali :)