GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG
http://www.shikinsayang.blogspot.com/2011/06/giveaway-4by4-shikin-sayang.html
http://www.shikinsayang.blogspot.com/2011/06/giveaway-4by4-shikin-sayang.html
done ! budak niy betol2 tag !
oke lah sayam liyana.
kadang2 kite lupa yg kite ade sesuatu yg perlu dihargai
kadang2 juga kite tak sedar yg kite selalu meminta pertolongan orang
mama, ibu, ummi, emak, mom, mummy dan lain2. ungkapan ini merupakan kalimat
yang paling terindah n agung yang pernah hadir dalam diri setiap insan. sama ada yg masih
benafas mahupun sudah tiada. dan mereka merupakan insan yg paling diangkat darjatnye
selepas Allah dan Rasul.
sape tak sayang kan? saya pun macam tu jugak. saya panggil beliau dengan panggilan MAMA.
bangganya saya apabila saya dapat memanggil beliau dengan kalimat itu. nama sebenar beliau
PUAN ZAINEE BINTI HUSAIN. tahun ni mama dah 40 tahun. makna nya segala asam garam
kehidupan mama dah lalui. dan saya masih lg menapak mencari arah kehidupan.
| disisi insan yang sering membahagiakn beliau, my superhero ! |
pada mama saya menumpang kehidupan bermula dari alam rahim sebelum menjejak ke dunia Allah
ini. mama izinkan saya tidur dalam rahim beliau selama 9 bulan 10 hari tanpa sedikit keluhan biarpun saya sering sakitkan beliau dengan tendangan saya, sentuhan2 saya, makanan yg tidak diterima oleh saya.
terima kasih mama !
| she's my queen of heart ! |
tanggal 14 mac 1994, tika selesai solat hari raya aidilfitri, mama bertarung nyawa di labour room.
mama bergadai nyawa melahirkan saya. ingin dibinanya kehidupan saya beliau sanggup mengadap
maut. alsannya, mama tak kisah bertukar nyawa, biar kamu melihat dunia. kini, hampir 17 tahun saya berjalan dibumi Allah yg indah ini kerana mama. terima kasih mama !
mama tak kerja. alasan mama, mama nak tengok anak2 mama membesar depan mata mama.
mama nak tengok anak2 mama puas2 sebelum mama pergi. biar tinggal satu kenangan indah bila mama dah tiada nanti. mama cakap, masa kecik2 dulu, saya takde rambut. botak licin macam BOTAK cite JUVANA tu. hehe. tapi sekarang, rambut saya da panjang. hitam lebat lagi. tak payah letak color2 dah. mama kata nanti rambut rosak. terima kasih mama !
kini, saya dah remaja. kata mama remaja besar cabarannya. hati2 tempuhi hidup. namun, mama tak pena lupa tak penah jemu dengan nasihat2 nya. mama kata leteran mama tanda sayang. mama tak mau saya salah pilih jalan. mama masak sedap. kalah hotel & stars. mama tahu segala2 mengenai saya luar dan dalam.
mama tak penah lupa alunkan quran waktu saya sakit. bila dengar mama berzikir, saya boleh terlena. mama sering tunggu saya pulang sekola atau mana2 saja. mama tak lupa call bila saya keluar dengan kengkawan. mama selalu ingatkan saya tentang seorang wanita solehah. mama sering bela saya depan abah bila de salah. mama tak penah berkira dengan saya dan mama, wanita terhebat penah saya temui. terima kasih mama !
mama,
seandainya hari esok saya telah dimiliki oleh imam yg bakal memimpin saya ke arah jalan yg lurus,
ketahuilah bahawa, mama sentiasa mendiami tempat yang paling indah di hati ini. saya tetap anak
mama yg manja, nakal, keras kepala dan garang. mama wanita terhebat yang pernah singgah dalam kehidupan saya.
| me is saye ! |
terima kasih untuk segalanya.
terima kasih kerana mendidik anakmu memjadi insan yg penyabar.
terima kasih atas airtangan mama yg membesarkan saya.
terima kasih :D

No comments:
Post a Comment