wahai hati
bukan niatku ingin melukakanmu
bukan niatku ingin biarkan kau menangis
bukan niatku ingin mengurismu
bukan niatku untuk merobekmu
bukan niatku untuk mempermainkanmu
wahai hati
takku duga kau akan kecewa lagi
takku duga kau akan meruntun hiba lagi
takku duga kau akan pudar warnanya
takku duga kau akan membenci
takku duga kau akan berdiam seperti itu
wahai hati
sekuat mana kau tempuhi segalanya
kau masih setia di dalam jasad ini
sekuat mana kau diuji
kau tetap utuh di dalam jasad ini
sekuat mana kau di duga
kau masih bertahan di dalam jasad ini
terima kasih hati di atas kesetiaanmu
biarpun beribu kali aku berjanji tak mahu lukakanmu lagi
apakan daya aku manusia lemah
seringkali terleka
namun kau sentiasa tersenyum dan memberiku peluang
dan akan sentiasa memberiku peluang
terima kasih hati
kbai
No comments:
Post a Comment