23 December 2011

luahan kecil itu

usai membaca yasin
pantas saja lappy ditarik
ade yg ingin diluahkan tapi akal menyangkal
'jangan'
begitulah aku
ye aku dan bukan sapa-2
kata hati dan kata akal tidak pernah berpadu

kehidupan aku sudah berubah hampir 100%
terkadang aku cemburu pbila kebahagiaanku direnggut kejam
perhatian mama dan abah dah beralih sepenuhnya
pada moyangku yg jatuh sakit
gayanya tak ubah spt anak kecik
namun, aku sering menjerit
'aku cemburu'
tapi hanya anggota organku yg mendengar
ku tahu bahawa perkataan itu takkan mampu keluar

2 malam lepas bondaku mengalirkan airmata
gara-2 kelancangan kata-2 yg aku hamburkan
maaf bonda
ketahuilah anakmu ini hanya meluahkan rasa
jauh sekali ingin mengecilkan hatimu

aku  berdoa
itulah kali terakhir bondaku mengalirkan airmata
kerna perbuatanku yg tidak sepatutnya

yg selebihnya
biarlah menjadi rahsiaku dgn Tuhanku



kbai


No comments: