Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namunku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku pinta lahir ke dunia
Tidak ku pinta cacat begini
Bukan ku minta
kasih dan sayang
bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Ku menumpang disudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua
aku punya adik istimewa. ye, istimewa dimata manusia dan dimata tuhan. hinanya die samelah spt org menghina aku. makinya die samelah spt org memaki aku. maaf, itu kejadian Allah. itu anugerah Allah buat kami sekeluarga. itu amanah Allah buat bonda & ayahandaku. Kami bahagia sehingga ke hari ni. Kerana die seorang yg amat istimewa. jujur aku katakan, sesiapa yg tak dapat menerima kekurangan diri nya, maaflah, anda jugak tidak akan kami terima. Tuhan itu maha adil dan aku percaya setiap yg berlaku ade hikmahnya :)
`

No comments:
Post a Comment