17 June 2012

let fate fares me

hi & assalamualaikum :) ! terasa nak aktifkan balik jejari kontot aku ni. Even jarang online aku tetap tak lupakan kau kan En blog ? Ehm, entry kali ni agak merapu, meraban dan sebagainya lah. rasanya dah lama aku tak merepek tah pape kan.


Ehm, tak lama lagi aku dah nak pergi sambung study. Aku tak jadik pergi KPTM dalam bidang TESL dan itu amat menyedihkan aku. Seriously, aku sedih ! sangat-sangat ! memang dulu tak pernah terfikir pun nak ambik TESL tp bila dh rezeki tu kan, rasa lain sangat. But then, aku dapat tawaran daripada POLITEKNIK dalam bidang AKAUNTANSI. Tak dapat dinafikanlah memang dulu aku harapkan sangat aku dapat AKAUNTANSI. Tapi bila dh gagal dengan result upu, aku yakin yg aku akan pilih TESL. Sakit jiwa raga bila terpaksa buat pilihan. Tambahan lagi dengan desakan dan sokongan family. Secara am nya, hampir 99.9% tak sokong aku ke KPTM. So, dapat guess lah kan apa aku rasa ? hendak tak hendak aku terpaksa pilih POLITEKNIK. 


Aku bukan menolak rezeki yg datang. Tp aku risau aku tak mampu carry subjek tuh. Dah nama pun akaun kan, of course lah melibatkan nombor totally nya. Maths and akaun aku taklah strong mana. Cukup-2 makan aje. Kredit adalah. Otak aku lebih kpd Sastera. Sekarang, aku seolah-olah gamble dengan masa depan sendiri. memang gila lah kan ? Orang lain duk yakin dgn pilihan mereka aku pulak terapung-apung dgn pilihan ni. 


So sekarang aku let fate fares me. So, bila bercakap pasal study aku akan feel down sikit. Atau takyah bercakap langsung pasal tuh takpe. Aku, tak lah. Susahnya jadi insan bernama Amirah ni kan. Aku dh penat alirkan airmata yg sia-sia ni. Kang jadik buta tak memasal. Huhu. Eh,, aku dpt Politeknik Sultan Ahmad Shah aka POLISAS. Kat Kuantan ni aje haa. Just 2 jam lah dr tempat kediaman aku. Plus, pakngah aku pensyarah kat situ, But dia jabatan lain, Jabatan Teknologi Makanan.


Ramai jugak orang cakap masuk poly chance ke uni susah n bla bla bla. For me, dimana ada usaha disitu ada jalan. Engkau dapat pointer best, kau mampu lah dpt apa kau nak. Cuba kau dapat pointer rendah, memang kau memaki hamun bagai laa kan. Pasal pekerjaan pulak, budak poly bla bla bla. For me, baik budak IPTA/IPTS ke sama aje. peluang pekrjaan sekarang memang susah. Siapa hebat dia dapatlah. Kalau setakat tunggu bulan jatuh ke riba, ehm, kau tunggu ajela sampai bebila pun. #petikan sebuah blog budak poly
Yang penting siapa berusaha dia yg berjaya. Itu janji Allah yg pasti :)


Okayy laa, banyak sangat membebel bosan pulak. Untuk kengkawan yg nak masuk study, best of luck yaa  !:) Jangan mudah putus asa. All the best. May Allah Bless !




No comments: