terkadang aku cemburu
pabila sahabat menyatakan impian dan cita-citanya bakal dikecapi
terkadang aku cemburu
kerana mereka mampu membuat pilihan sendiri
terkadang aku cemburu
kerana mereka bergerak diatas minat mereka sendiri
seandainya aku diberi pilihan
sudah pasti aku mampu mengejar impian dan cita-citaku
seandainya aku diberi pilihan
aku ingin menyatakan hasrat pilihan hati ini
seandainya aku diberi pilihan
aku ingin bergerak mengikut minatku sendiri
ayahanda dan bonda
seandainya anakandamu ini tersungkur dijalan pilihanmu
izinkan anakanda
untuk memilih jalannya sendiri

No comments:
Post a Comment