19 October 2012

surat buat ayahanda serta bonda

Assalamualaikum

Nak bercakap depan-depan memang tak mampu sebab aku tahu airmata yg akan jatuh kebumi sebelum cerita dihujahkan. Surat ini aku lakarkan khas buat ayahanda & bonda tercinta andaikata suatu hari nanti aku dh tiada. Andai dunia ini masih memerlukan jalur lebar, sahabat karib aku memegang kata kunci utk semua laman sosial yg pernah aku daftar. Makanya jangan risau. Ohh lupa pula, ada satu buku yg aku catatkan khas segala-galanya, mungkin berguna utk mereka yg aku sayangi.

Ayong rindu mama & abah. Rindu sangat. Since kecil memang tak pernah berjauhan. Pernah tuh adalah, itupun kerumah nenek di Ampang, Selangor & selebihnya dengan aktiviti sekolah macam lawatan kem & so on. Pernah sekali aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh itupun cuma tahan 9 bulan je then tukar sekolah & balik ke sekolah harian. Dan sekarang zaman itu semua dah berlalu. Ayong dah pun berada di zaman politeknik. Poly life change everything. And what i know is, i really need both of you in my life. No matter what. Even poly tak sampai 1 jam daripada rumah ayong tetap rindu mama & abah. Ayong anak sulung tp kadang-2 perangai mengalahkan adik yg bongsu. Dan setiap orang yg kenal ayong mesti akan tanya "anak bongsu ke?''.

Dan sebab kehidupan dan sejarah hidup kita yg lampau, waktu yg berlalu, pengalaman demi pengalaman, semua itu mematangkan ayong. Sedari darjah 5 ayong dah diajar berdikari sehinggalah sekarang. Ayong mintak maaf kalau bila mama & abah cakap nak temankan atau sanggup ambik cuti ayong tak bagi sebab ayong dah terlalu terbiasa buat kerja sendirian. Bukan tak menghargai tapi sebab ayong tanak menyusahkan orang lain. Dan ayong jugak tanak dan tak suka perkara berbangkit. Tapi macamana pun ayong berterima kasih utk penat lelah yg mama dan abah hulurkan. Walaupun kadang-2 tuh ayong mampu melangkah sendiri, dah ada lesen ayong tetap nak abah hantar ambik. Saja jee tuh, hehe.

Adik-adik pun selalu tegur ''abah, mama mana aci ayong boleh !" dan pastinya mama dan abah akan backup anak sulung dia nihh kan ? Dulu waktu awal tingkatan, darah masih panas, ayong degil, ketegaq bak cakap mama.Ayong  tak dengar apa yag mama cakap. Abah tak tegur langsung sebab abah sebok kerja. Senarnya bukan ayong tak dengar, ayong dengar cuma ayong ego dan nafikan apa yang betul. Dan mama selalu cakap. "Mama tak pernah berhenti berdoa utk anak-anak mama berubah dan mama akan tunggu masa itu". Tapi mama dan abah beruntung dan bersyukur sbb ayong tak suka merayap melepak malam malam. Kalau keluar malam pun abah yg hantar kat mana-mana ayong nak pergi. Sebab ayong pun bukan jenis yg macam tuh. Mungkin sedari kecil dibesarkan dengan maksedara dan anak-anak angkat nenek yg nenek jaga. Terikut-ikut perangai deorang yg selalu belajar dan main pun kat dalam rumah aje. Culture shock pun takda sebab dah terbiasa dibesarkan ditanah bandar dan kampung. Dua-2 ayong mampu handle.

And mama selalu cakap, "biarkan ayong dia tahu selesaikan masalah dia" Mama ajar ayong macam mana nak jadi matang bukan terlalu depends on parents. Ayong tak perlukan sesiapa dah untuk luahkan perasaan ayong selain mak dengan abah. tapi ayong tahu satu hari nanti abah akan amanatkan semua yang abah pikul ni untuk seseorang yg bergelar suami. =')
Tapi saat itu mungkin jauh lagi sebab ayong nak kejar cita-cita dan impian ayong dulu. Ayong nak banggakan mama dan abah dulu. Ayong nak buktikan yg ayong jugak mampu macam maksedare dan paksedare ayong sekarang. Ayong tanak adik-adik ikut perangai ayong yg lalu. Ayong nak tengok deorang berjaya dan mampu berdikari. Ayong memang keras kepala. Memang tak sebulu langsung dgn abah bab-2 pendapat atau semualah senang. Tp semua tuh tak bermakna ayong tak sayang. Cuma biasalah kadang-2 pendapat ayong mungkin berbeza dimata tua abah.

Apa-apapun terima kasih mama, abah sebab besarkan ayong, didik ayong, sayangi ayong, pinjamkan bahu time ayong menangis, pukul ayong kalau buat salah, and bimbing ayong. maafkan ayong ya. Time ayong tak dapat tumpukan pada study, terngiang-ngiang kata-kata mama "mama bersyukur sangat sebab sempat tengok ayong jejak kaki ke menara gading, dulu hantar adik-2 mama aje, sekarang mama dah hantar anak mama sendiri pulak.mama tak pernah harapkan apa-2 dari ayong cuma mama nak tengok anak mama berjaya dunia dan akhirat". dan kata-2 itu ayong pegang sampai sekarang. Ayong ingat lagi on first day mama hantar ayong ke poly, mama pakai tudung dan kasut yg ayong belikan. Terasa dihargai disitu. Tiada yg lebih menghargai kita melainkan ibubapa kita. Abah pulak pakai baju yg ayong belikan :)

Dan sekarang setiap hujung minggu mama dan abah selalu menunggu kepulangan ayong and berkumpul adik beradik satu keluarga walaupun abah selalu sebok. Tak sabar rasanya nak genggam sebuah pekerjaan pastu nak suruh mama dan abah duk rumah aje kerjakan ibadah. InsyaAllah doakan ya mama dan abah.

Sekali lagi terimakasih mama terimakasih abah. Halalkan air susu yg pernah mama kenyangkan perut ayong ini, halalkan suara yg abah laungkan azan dan iqamah sewaktu ayong ditiup nyawa utk melihat dunia ini, terimakasih utk tenaga, masa, rezeki yg mama dan abah berikan tanpa pernah mengungkit. Terimakasih utk airmata mama dan abah alirkan krn salah dan kejayaan ayong.

One fine day nanti both of u will release me to someone that deserve me, to love me as u do, to lend me a shoulder whenever i need, and to advice me if i do a mistake. thanks abah mama for raised me up.

Merinduimu selalu :
Nur Amirah Rezali
140394




 


No comments: