18 February 2013

memories of 2012

hai & assalamualaikum

dah 2 bulan tahun 2012 berlalu kan. dan aku kekal dengan entry yg dulu. kawan ada jugak yg bising mintak di update kan blog ni haa. ahaa, tak sangka ada yg tersangkut dengan cerita merepek aku.
sebenarnya banyak memori yg dilakarkan sepanjang tahun 2012. aku pun taktau kenapa perlu aku imbau balik memori 2012. mungkin ada sesuatu yg tertinggal ditahun tersebut :)

tahun pertama aku dah pun hampir sampai ke penghujungnya. lepas final sem 2 nanti lengkaplah tahun pertama aku. dan selama itulah, hati ini, memendam rasa. dan mungkin sampai ke peghujungnya aku perlu memendam rasa. soal itu, tak ada niat ingin berbangkit tp itulah yg perlu aku alami. dan ya Allah, mengapa hati ini tak pernah belajar untuk menerima hakikat ? berat ya Allah ujian Mu ini. aku cuba redha tapi aku tak mampu. seolah olah ada dendam dihati ini tapi jauh sekali untuk aku berdendam.

pelbagai ragam kerenah manusia aku jumpa. kawan ? semestinya aku tiada. ya, keseorangan. aku rindukan mereka yg dulu. kawan aku yg dulu. tp sampai bila nak hidup dalam fantasi, sedarlah wahai diri. masa kian pergi. yg berlalu akan berlalu.

aku juga rindukan aku yg dulu. kenapa sekarang airmata yg begitu bernilai jatuh seolah tiada nilai ? penat, ya, aku penat hadapi semua ini. kadang-kadang rasa ingin pergi jauh dari semua orang.  itulah manusia. masalah umpama bayang-bayang. tak pernah tertinggal.

dan inilah kehidupan sebenar. sorry tak ada motif, cuma dengan ini, beban dihati terasa ringan walaupun mendung selalu saja ada, aku berharap akan ada sang suria untuk aku nanti.

next entry kita bercerita lagi,
salam buat pembaca maya,
gadis ini bakal menyambut ulangtahun kelahirannya pd bulan march akan datang :)

No comments: