29 December 2013

Dia.. Merah - End of 2013

Assalamualaikum & hai :)



 Dia punya impian & cita cita tersangatlah tinggi
Mungkin lagi tinggi dari langit ketujuh

Rancangan dia juga tidak kurang hebatnya
Macam macam yg dirancang untuk masa depan
Untuk diri sendiri & paling penting keluarga dia

Namun siapakah dia
Semuanya sekadar rancangan
Rancangan Allah adalah sebaik baik rancangan
Tapi tak salah kalau merancang
Biar Dia yang tentukan segalanya

Usaha dan penat lelah selama ini
Kerna dia tahu
Dia bukan datang dari keluarga yg berada
Mewah apatah lagi
Ini tersurat sejak azali lagi
Siapa kita hendak melawan takdir

Bukan tak mampu bereti tak makan
Mampu ada banyak sudut
Allah suruh kita usaha bukan

Perempuan ini kalau boleh nak semua impian dia tercapai
Dunia dan akhirat
Seperti dia mengejar dunia
Seperti itulah dia mengejar mencari akhirat
Bukan nak kaya harta dunia
Tapi cukuplah sekadar keperluan & bukan kehendak

Sujud syukur diatas rezeki yang tak putus
Walau terkadang surut
Ada sahaja punca yg datang

Semoga sambil dia mengejar dunia
Akhirat juga mengiringi bersaing bersamanya
Moga akhirat sentiasa menjadi yang teratas

Puisi ditulis mengikut ritma hati
Mencoretkan agar sentiasa tidak lupa
Pesanan buat diri
Sedar akan tanggungjawabnya
Seorang sulung didalam keluarga
Sentiasa mendahulukan keluarga
Melupakan sola hati
Terlalu banyak menangis
Terlalu banyak terjatuh
Moga pengakhiran puteri sulung ini
Dipenuhi dengan kebaikan dariNya
Moga doa puteri sulung ini
Dimakbulkan olehnya



No comments: